Isnin, 25 Ogos 2014
Ahad, 24 Ogos 2014
MENGIMBAS BUKU 'SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM'
Kulit muka depan buku Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam. |
Kulit muka belakang buku Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah di Negara Brunei Darussalam. |
Jumaat, 22 Ogos 2014
CATATAN KISAH SILAM HJ MD SUHAILI terpapar didalam buku ULAMA SILAM DALAM KENANGAN
Ahad, 17 Ogos 2014
SEKITAR SAMBUTAN AIDIL FITRI 2014
Berhari raya dan menjamu selera di kediaman Mahdi Hj Md Suhaili |
Sebulan berpuasa berlapar dahaga..kini raya datang menjelma, kini hidangan di depan mata..pantang penyakit belakang kira ! |
Mariahnya sambutan Aidil Fitri keluarga di Kota Kinabalu |
IMAM SUHAILI - Pengenalan
Imam Haji Muhammad Suhaili bin Haji
Yaakub dilahirkan di Kg. Sungai Biawak, Muara, Negara Brunei Darussalam dalam
tahun 1918. Beliau mempunyai 6 orang adik- beradik , kesemuanya lahir di Pekan
Muara ia itu:
1) Dayang Zauyah binti Haji Yaakub
2) Dayang Hajah Badariah (Dyg
Katong) binti Haji Yaakub (meninggal di Mekkah)
3)
Muhammad Sherbini bin Haji Yaakub (pernah jadi Imam di
Kuala Belait)
4)
Muhammad Ali bin Haji Yaakub
5)
Muhammad Seruji bin Haji Yaakub
6)
Haji Muhammad Suhaili bin Haji Yaakub (Imam Suhaili)
Ibu almarhum , Dayang Fatimah *
binti Awang Tarip berasal dari Muara, Brunei telah berkahwin dengan Tuan
Haji Yaakub bin Haji Ali , seorang imam dan juga pendakwah , berasal dari
Kampong Chetok, Kelantan.
* (Dayang Fatimah binti
Awang Tarip adalah keturunan dari Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Muhammad
Salleh – ruj: m/s 447 ”Salasilah Dato Godam” – PJDSM DSU Dr. Hj. Awang Mohd
Jamil Al-Sufri)
Dalam tahun 1923, beliau telah
dibawa berpindah ke Sabah oleh ayahnya. Pada masa itu umurnya baru meningkat
lima tahun.
Sebagai anak bongsu daripada enam
orang adik beradik, beliau dikenali sebagai anak yang paling rapat dengan
ayahnya. Beliau dikatakan mempunyai bakat keilmuan sejak kecil dan rajin
belajar agama dengan ayahnya. Berkat daripada ketekunannya untuk belajar,
beliau telah berjaya menimba ilmu pengetahuan agama yang membolehkannya menjadi
seorang alim ulama yang disegani dan berjaya dalam hidupnya.
Ketika berusia enam belas tahun,
iaitu pada 12 Oktober 1934, beliau telah dilantik menjadi Imam daerah Putatan.
Adalah dipercayai dengan perlantikan itu menjadikannya seorang yang paling
termuda pernah memegang jawatan sebagai Imam dalam sejarah negeri Sabah. Pada
11 Februari 1940, beliau berpindah dari Putatan kerana dilantik menjadi Imam
Jesselton untuk menggantikan ayahnya yang terpaksa mengundur diri kerana
menghidap penyakit lumpuh. Beliau sendiri mengarang isi Khutbah Jumaat dan
sebahagian buku khutbahnya masih ada dalam simpanan dan dalam keadaan baik.
Kira-kira tujuh tahun sebelum itu,
iaitu pada 15 Julai 1933, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Siti
Zalikha binti Haji Abdul Momin *14. Hasil daripada perkongsian hidupnya dengan
isterinya itu, Imam Suhaili telah dikurniakan lapan orang anak seperti
berikut:-
1.
Awang Abdullah bin Hj Mohd Suhaili
2.
Awang Haji Abdul Kahar bin Hj Mohd Suhaili
3.
Awang Haji Yahya bin Hj Mohd Suhaili
4.
Awang Haji Mohd. Yunus bin Hj Mohd Suhaili
5.
Awang Haji Mas’ud bin Hj Mohd Suhaili
6.
Dayang Hajah Siti Nujaimah bin Hj Mohd Suhaili
7.
Awang Zahri @Azahri bin Hj Mohd Suhaili
8.
Awang Haji Muhammad bin Haji Mohd Suhaili
Dari segi sosial, beliau adalah
manusia terbuka, bersikap lemah-lembut dan peramah, tanpa mengira peringkat
umur atau kedudukan. Beliau cepat mesra dan mempunyai ramai sahabat dari jauh
dan dekat.
Walaupun demikian, beliau adalah
seorang yang berpendirian tegas dan teguh, berani menghadapi cabaran sekalipun
dari pihak berkuasa kerajaan. Apa lagi kalau cabaran itu menyentuh perkara
agama, ia akan segera bertindak dan tampil ke hadapan.
Dalam tahun 1941, pendirian beliau
benar-benar teruji. Beberapa orang pemimpin masyarakat berkedudukan tinggi yang
bergelar Orang Kaya-kaya (O.K.K.) dan Ketua Anak Negeri (K.A.N.) telah
bersetuju dan menyokong arahan kerajaan yang memerintahkan supaya binatang yang
hendak disembelih seperti lembu dan kerbau ditembak terlebih dahulu sebelum
disembelih mengikut cara Islam.
Bagi Imam Suhaili, arahan itu
adalah merupakan suatu tindakan yang mencabar dan menyentuh kesucian agama. Oleh
itu beliau telah menentang arahan kerajaan itu sekeras-kerasnya sehingga
membawa kepada perbahasan terbuka di antaranya dengan pemimpin-pemimpin
masyarakat yang dimaksudkan itu di Mahkamah Anak Negeri Beaufort pada 10
Februari 1941. Dalam perbahasan itu Imam Suhaili ternyata di pihak yang benar
sehingga Mahkamah telah memihak kepada beliau.
Dengan kemenangan beliau
mempertahankan kebenaran inilah, ketokohannya semakin menonjol dan tersebar ke
merata tempat di Sabah. Berita kejayaan seorang Imam muda yang berusia 23 tahun
berhadapan dengan pemuka-pemuka masyarakat yang berkedudukan tinggi dan
berpengalaman itu telah tersebar luas.
Selain daripada menjadi Imam,
beliau juga adalah merupakan seorang pemimpin. Beliau pernah mengasas sebuah
persatuan Islam yang dikenali dengan nama “Khairat Jumaat Muslimin” (KJM) dalam
tahun 1947, iaitu setelah berkuburnya “Parti Kebangsaan Melayu” dan “Barisan
Pemuda” (BARIP) di Sabah.
Selama enam belas tahun beliau
berkhidmat dalam dua buah daerah, iaitu 6 tahun di Putatan dan 10 tahun di
Jesselton, beliau telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.
Pada 21 Januari 1950, beliau telah
meletakkan jawatannya sebagai Imam Jesselton dan tempatnya diganti oleh Tuan
Imam Pandin bin Jebair, iaitu murid beliau sendiri.
Di antara punca yang menyebabkan
beliau berhenti dari menjadi Imam ialah kerana Kerajaan British telah memberi
notis kepada Masjid Bandar Jesselton dan penduduk Kampung Air supaya berpindah
ke Kampung Sembulan. Beliau bukan sahaja membantah arahan itu tetapi juga tidak
bersetuju dengan sikap sebahagian masyarakat kampung yang kurang tegas dalam
mempertahankan kedudukan tempat tinggal mereka sehingga mereka gagal
mempertahankan Kampung Air tersebut.
Berkhidmat Di Negara Brunei
Darussalam
Berikut adalah urutan tarikh
yang terdapat dalam catitan diari almarhum ditulis dengan hurup Jawi, semasa
beliau mengadakan lawatan semula ke Brunei pada tahun 1949 dan sebelum menerim
a lantikan sebagai Naib Kadhi Daerah Belait:
Tarikh
|
Peristiwa
|
1949
|
|
02-12-1949
|
pergi ke Brunei dengan
Awang Osman
|
06-12-1949
|
Berjumpa dengan Chief
Kadhi di Pekan Brunei
|
08-12-1949
|
Memberi syarahan dalam
mesjid Brunei
|
10-12-1949
|
Mengadap YTM Duli Pengiran
Pemancha
|
11-12-1949
|
mengadap YTM Duli Pengiran
Bendahara
|
12-12-1949
|
Berjumpa dengan YM Encik
Hassan , Setiausaha DYMM Sultan
|
15-12-1949
|
Pergi ke Muara untuk
menziarahi kubur keluarga
|
17-12-1949
|
Pergi ke Tutong
bersama-sama dengan YTM Pengiran Temenggong Pengiran Mohammad
|
18-12-1949
|
Balik semula ke Jesselton
|
28-12-1949
|
YTM Duli pengiran Pemancha
Hj Mohd Yassin tiba di Jesselton dan berjumpa saya
|
1950
|
|
02-01-1950
|
YTM Duli Pengiran Pemancha
bersama isteri balik ke Brunei
|
20-01-1950
|
Minta Berhenti dari
jawatan Imam di Jesselton
|
24-01-1950
|
Bertolak dari Jesselton ke
Brunei (dengan kapal laut)
|
31-07-1950
|
Sampai di Kuala Belait
|
Kira-kira enam bulan kemudian iaitu
pada 1 Ogos 1950, Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah melantik Imam Suhaili
menjadi Naib Kadi dan bertugas di daerah Belait.
Tarikh
|
Peristiwa
|
1950
|
|
01-08-50
|
Mula menjalankan tugas
sebagai Naib Kadhi Daerah Belait
|
12-08-50
|
Membuat lawatan ke
Mukim Labi (Syarahan)
|
20-08-50
|
Membuat lawatan ke Miri,
Sarawak (Syarahan)
|
24-08-50
|
Menyampaikan syarahan
ugama dalam mesjid Seria
|
18-10-50
|
Mengadap Kebawah DYMM
Sultan dan menyembahkan darihal sembahyang Jumaat
|
21-10-50
|
Merasmikan pertandingan
Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Qur’an di Mesjid Belait
|
17-12-50
|
mengadap
kebawah DYMM Sultan dan menyembahkan mengenai sembahyang Jumaat
|
Sebagaimana di Sabah, maka begitulah
juga Imam Suhaili di Brunei. Dimana sahaja beliau berada, sikapnya tetap sama.
Sebenarnya Imam Suhaili mempunyai bakat ketokohan semula jadi. Inilah yang
menyebabkan beliau kadang-kadang mendapat kejayaan dan tidak kurang pula
mendapat halangan.
Selama menjadi Naib Kadi di Kuala
Belait, beliau mempunyai ramai murid dan pengaruhnya semakin kuat.
Berikut adalah catitan dalam dairi
almarhum:
Tarikh
|
Peristiwa
|
1951
|
|
20-01-51
|
YTM Duli pengiran
Bendahara melawat ke Kuala Belait
|
10-02-51
|
Membuat lawatan ke Labi
dan Kuala Balai
|
19-12-51
|
Membuat lawatan ke Bukit
Sawat
|
27-02-51
|
Menyampaikan syarahan dan
penghuraian hadis kepada murid-murid perempuan d rumah
|
16-03-51
|
menyampaikan syarahan
ugama di Kampong Los, Kuala Belait
|
17-03-51
|
Membuat lawatan ke Kuala
Balai
|
20-03-51
|
Mengadap Kebawah DYMM
Sultan di Kuala Belait
|
07-04-51
|
Menyampaiakan syarahan
ugama di rumah Malai Besar , Seria
|
16-07-51
|
Melawat ke Labi dan Kuala
Balai
|
08-08-51
|
Pergi ke Pekan Brunei
untuk menghadiri majlis Syariah
|
31-08-51
|
Mengadap kebawah DYMM
Sultan
|
05-09-51
|
Menyampaikan syarahan
ugama di Kg. Melayu , Kuala Belait
|
18-09-51
|
Meyampaikan syarahan ugama
di Mesjid Tutong
|
20-09-51
|
Menyampaikan syarahan
ugama di rumah Pg. Haji Sabtu , di Kuala Belait
|
04-10-51
|
Mengadap Kebawah
DYMM Sultan di Kuala Belait
|
23-10-51
|
Menghadiri majlis syariah
di - Pekan Brunei
|
19-11-51
|
Didakwa di mahkamah Civil
(British) atas dakwaan mengislamkan seorang perempuan Sikh. (Sudah akhil
baligh tetapi menurut Hakim Mahkamah Civil dibawah undang-undang British,
perempuan masih dibawah umur kerana belum mencapai 21 tahun!)
Almarhum kesal kerana
Mahkamah Civil begitu hebat kuasanya sampai dapat mendakwa seorang kadhi yang
di lantik oleh KDYMM Sultan. Dan almarhum berpendapat bahawa urusan Ugama
Islamdan Adat Istiaadat Melayu bukanlah dalam kawalan undang-undang British.
Peranan British Resident adalah sebagai penasihat sahaja.
|
23-11-51
|
Mahkamah Civil telah
memutuskan untuk mengenakan denda sebanyak $300 (satu jumlah yang agak besar
pada masa itu ) kerana di tuduh bersubahat ”mencolek” serta mengislamkan
seorang Non-Muslim.
(Catitan: almarhum berasa
kesal dengan keputusan Mahkamah Civil (British) yang sewenang-wenang
turut mencampuri urusan mahkamah syariah dan denda yang dikenakan pula
dianggap terlalu berat kerana gaji Kadhi waktu hanyalah $185.00
sebulan!)
Almarhum terpaksa membayar
denda tersebut untuk menelakkan diri dari di penjara!.
|
30-11-51
|
Kesal dengan bidang kuasa
yang terhad di mahkamah syariah Kadhi , dan juga tanpa ada campur tangan atau
sokongan dari pihak atasan , maka pada hari ini almarhum telah menghantar
notis untuk berhenti dari jawatan Naib Kadhi.
|
07-12-51
|
Dato Perdana Menteri (bapa
kepada Pehin Isa) berjumpa saya dan minta saya menarik balik notis untuk
berhenti
|
11-12-51
|
Mengutus surat kepada Dato
Perdana Menteri
|
31-12-51
|
Pergi ke pekan Brunei
berjumpa Chief Kadhi.
|
Pada 30 November 1951, Imam Suhaili
telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Kadi di Brunei. Beliau hanya dapat
memberikan perkhidmatannya di Negara tersebut selama 1 tahun 3 bulan.
Ada dua punca yang menyebabkan
beliau meletakkan jawatannya sebagai Naib Kadi di Brunei ini:
a.
Punca pertama ialah kerana terdapat percanggahan dan
perselisihan pendapat mengenai arahan menyempurnakan sembahyang
Zuhur selepas sembahyang Jumaat. Salah seorang dari Pegawai tinggi ugama di
Pekan Brunei (Bandar Seri Begawan) pada masa itu m telah mengeluarkan
arahan supaya umat Islam di Kuala Belait melaksanakan sembahyang Jumaat itu
dikembar dengan sembahyang Zuhur. Perkara ini tidak di turuti oleh Imam
Haji Suhaili dan beliau memperkukuhkan pendapatnya dengan mengetengahkan
surat-surat daripada Mufti Johor , Mufti kelantan dan Mufti Perak dan mereka
menyokong tindakan Imam Suhaili .
b.
Punca yang kedua ialah kerana mengislamkan “Bibi Chana”
(seorang wanita bangsa Sikh). Tindakan mengislamkan wanita Sikh tersebut telah
di bawa ke Mahkamah Tinggi di Kuala Belait pada 19 November 1951 atas tuduhan
“menculik seorang anak yang belum bebas daripada jagaan ibu-bapa”, kerana umur
gadis tersebut belum sampai 21 tahun. Imam Suhaili didakwa sebagai bersubahat kepada orang
yang membawa gadis tersebut ke rumah beliau. [*15 ] Bagi Imam Suhaili, Bibi Chana datang ke rumah beliau kerana rumah
beliau adalah pejabat Kadi dan beliau sendiri adalah
Kadi. Segala masalah yang timbul di hadapan Kadi tentunya akan diselesaikan
menurut undang-undang dan peraturan Islam yang telah diamanahkan kepada beliau.
Tindakan beliau mengislamkan Bibi Chana adalah satu perlaksanaan syariat Islam.
Dua punca inilah yang menyebabkan
Imam Suhaili meletakkan jawatannya sebagai Naib Kadi.
Setelah berhenti daripada jawatan
naib Kadi, beliau meninggalkan Negara Brunei Darussalam dan kembali ke Sabah.
Di Sabah beliau masih mempunyai rumah dan tanah di Putatan. Kali ini beliau
tidak lagi menjadi Imam tetapi bergerak sebagai pendakwah dan dijemput dari
daerah ke daerah oleh murid-muridnya. Dengan itu kedudukan beliau di Sabah
kukuh semula.
Dua tahun kemudian, isteri beliau
Siti Zalikha telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada 17 September 1953 di
Hospital Besar Jesselton. Jenazah Almarhumah dikebumikan di tanah perkuburan
orang-orang Islam di Batu 2 ½ Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Setahun selepas isteri beliau meninggal
dunia, beliau berkahwin dengan Dayang Hajah Salmah binti Pehin Udana Laila
Raden Mas Hanafi (Pehin Inche Awang) di Negara Brunei Darussalam pada 22 Ogos
1954. Perkahwinan mereka ini melahirkan 3 orang anak iaitu:
1.
Dayang Hajah Ainah binti Haji Mohd Suhaili
2.
Awang Mohd. Shafie bin Haji Mohd Suhaili
3.
Awang Mahadi bin Haji Mohd Suhaili
Setelah berkahwin, beliau menceburi
bidang perniagaan. Walaupun begitu beliau tidak meninggalkan kebiasaannya
dan terus bergiat dalam lapangan agama.
Pada 28 Februari 1954, beliau telah
berpindah ke Pulau Labuan untuk memenuhi jemputan Awang Haji Mohd. Daud bin
Sulaiman yang mengajaknya berniaga bersama-sama dalam sebuah perniagaan yang
bernama “Syarikat Parti Kebangsaan Melayu” di sana.
Sebagai seorang guru agama yang
rajin berdakwah, Imam Suhaili telah meneruskan kegiatan dakwah di Pulau Labuan
sebagaimana di tempat-tempat lain. Ceramahnya yang lemah lembut dan disertai
dengan ilmu agama yang ada padanya, beliau menarik minat masyarakat Islam di
pulau itu. Akhirnya kegiatan dakwah beliau telah mendapat sambutan hangat
menyebabkan di sana pengaruh beliau semakin kuat.
Secara tidak disedari kegiatan
dakwah beliau telah diekori oleh pengintip-pengintip yang dilepaskan oleh
penjajah. Sungguhpun dalam ceramah-ceramahnya beliau hanya menyentuh soal-soal
agama, tetapi disebabkan pengaruhnya semakin kuat, kegiatannya di sana sentiasa
diawasi. Gerakan dakwahnya selalu dihalang dengan berbagai cara oleh pihak yang
berkuasa kerajaan (British waktu itu).
Pada 13 Ogos 1956, beliau telah
diarah oleh Kerajaan British dengan memberi notis 24 jam untuk keluar dari
negeri Sabah dengan alasan beliau rakyat negeri Brunei. Kalau tidak keluar
dalam tempoh yang diberikan itu, beliau akan ditangkap dan akan dibicarakan
atas tuduhan melanggar peraturan Imigresen. Dengan demikian, beliau terpaksalah
patuh dengan arahan itu dan balik semula ke Brunei.
Arahan yang memaksa beliau keluar
dari Pulau Labuan dalam tempoh 24 jam itu telah disambut baik oleh
murid-muridnya di Kuala Belait yang pernah belajar kepadanya di suatu masa
dulu. Kedatangan beliau pada kali itu akan memberi peluang kepada mereka untuk
belajar sekali lagi.
Tarikh
|
Peristiwa
|
1954
|
|
08-09-54
|
Pergi berjumpa dengan
Chief Kadhi mengenai urusan untuk mebuka kelas ugama
|
Catitan
|
Bermula dari selepas
meletakkan jawatan sebagai Kadhi Daerah Belait, beliau meneuskan kehidupan
beliau dengan bergerak sebagai Pendakwah Bebas (istilah zaman ini) ,
menyapaikan sayarahan demi syarahan di sana-sini , terutama
sekali di surau-surau , mesjid-mesjid dan rumah-rumah. Beliau
juga mengajar Al-Qur’an kepada orang-orang dewasa , lelaki dan wanita dan
kanak-kanak secara informal , di rumah.
Disamping itu , beliau
melibatkan diri dengan perniagaan runcit untuk menampung belanja keluarga seharian .
dan juga setelah mendapat kebenaran dari pihak berwajib, beliau telah membuka kelas-kelas ugama bagi
orang-orang dewasa dan mengajar secara formal (mengikut sukatan pelajaran
yang telah diluluskan oleh Jabatan Ugama) . Untuk makluman para pembaca
sekelian , tidak ada rekod yang beliau di berikan elaun oleh sesiapa
ataumenerima bayaran dari murid-murid . Tugas ini dilakukan secara sukarela
dan penuh tanggungjawab sebagai seorang pendakwah.
|
Seorang peniaga Arab (dari negeri
Yemen) bernama Sheikh Salleh, iaitu bekas murid beliau sendiri yang telah lama
berniaga di Kuala Belait telah membenarkan Imam Suhaili menggunakan tempatnya
untuk memberi peluang kepadanya membuka perniagaan
Pada 26 September 1956, Imam Suhaili
telah memulakan perniagaannya berkedai runcit di tengah-tengah bandar Kuala
Belait. Usaha beliau berniaga kedai runcit ini mendapat sambutan baik dan ramai
pelanggannya.
MEMBUKA KELAS UGAMA UNTUK
MURID-MURID DEWASA
Sambil menjalankan perniagaan kedai
runcit , beliau juga sempat membuka kelas ugama khusus untuk orang-orang dewasa
. Beliau meminta izin daripada Jabatan Ugama di Pekan Brunei untuk menggunakan
beberapa buah kelas di bangunan Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin Kuala Belait .
Setelah diluluskan dan juga diberikan tauliah untuk mengajar dengan
menghantarkan contoh kitab-kitab yang digunakan sebagai buku teks dan rujukan ,
maka barulah beliau mula mengajar murid-murid yang jumlahnya ketika itu lebih
100 orang.
Beliau juga pernah dibawa mengikuti
rombongan beberapa orang anggota Kerajaan dan awam ke beberapa buah negeri di
Malaysia (waktu itu di sebut Malaya) yang dianjurkan oleh Kerajaan Brunei iaitu
bertujuan untuk melawat sambil belajar dan meninjau cara-cara pilihan
raya di adakan disana (1961).
(keterangan yang sama juga didapati
dari ini didapati daripada bekas Wakil Tetap NBD ke U.N. , Pehin
Haji Jaya Abd. Latif)
Dari catitan diari almarhum :
Tarikh
|
Perkara
|
1961
|
|
05-05-61
|
Pergi ke Malaya kerana
memerhati dan mempelajari cara-cara pilihanraya diadakan
|
07-05-61
|
Menetap di Federal Hotel ,
Kuala Lumpur
|
10-05-61
|
Sampai di Ipoh , tinggal
di Olympic Inn Hotel
|
14-05-61
|
Sampai di Penang , menetap
di Peking Hotel
|
15-05-61
|
Sampai di Kuala Lumpur,
tinggal di Federal Hotel
|
17-05-61
|
Sampai di Kuantan, Pahang.
Menetap di Rest House, Kuantan
|
18-05-61
|
Sampai di Kota Bharu,
Kelantan. Tinggal di Rest House
|
21-05-61
|
Sampai di Singapore.
Tinggal di Singapore Hotel.
|
24-05-61
|
Sampai di Brunei
|
25-05-61
|
Sampai di Kuala Belait
|
17-06-61
|
Diadakan Rapat Umum di
Brunei
|
1962
|
|
31-08-62
|
Pilihan Raya diadakan
diseluruh negeri Brunei
|
Selain dari mengajar di kelas ugama
, beliau juga masih meneruskan mengajar Al-Qur’an di tingkat dua kedai tempat
kediaman beliau. Rutinnya setiap hari ialah seperti berikut :
§
bermula jam 10 pagi , beliau mengajar murid-murid wanita
§
disebelah malam selepas sembahyang Maghrib , beliau
mengajar pula murid-murid lelaki
§
bagi murid-murid yang baharu belajar , anak-anak beliau
juga turut membantu .
§
Oleh kerana terlalu ramai murid , beliau memberi tumpuan
kepada murid-murid yang sudah pandai membaca
Al-Qur’an. Mereka yang belum
pandai , akan menerima bimbingan dari anak-anak almarhum.
§
Bagi murid-murid yang telah pandai , beliau teruskan
mengajar mereka dengan tafsir Al-Qur’annya sekali.
§
Setiap malam Jumaat, akan diadakan majlis menghalusi /
menerangkan hukum-hukum dan juga tafsir Al-
Qur’an.
§
Beliau juga akan menerangkan isi-isi hadis dan
tafsiranya sekali , yang langsung dibacakan terus dari kitab
berbahasa Arab.
§
Majlis serupa ini juga akan diselitkan dengan
pertanyaan-pertanyaan mengenai hukum hakam.
Dalam masa 3 tahun perniagaan
beliau telah melangkah maju setapak lagi. Beliau telah berjaya membuka Stesyen
Minyak Petrol (Syarikat Perniagaan Melayu) di Kuala Belait pada 2 Februari
1969. Kedua-dua bidang perniagaan beliau berjalan serentak dan maju.
Sepuluh tahun kemudian, dengan
kerjasama isterinya, Dayang Hajah Salmah, beliau telah mendirikan sebuah kedai
baru milik sendiri dan tidak lagi menyewa kedai Sheikh Salleh.
Walaupun sibuk dengan
perniagaannya, namun beliau tetap terus dengan tanggungjawabnya dan bergiat
cergas mengembangkan dakwah Islamiah. Beliau telah membahagikan masanya untuk
megajar agama mulai jam 10.00 pagi selepas membuka kedai hingga ke jam 11.00
dan selepas itu akan disambung dengan murid-murid yang lain pula bermula dari
jam 4.00 petang hinggalah sebelum Maghrib. Dan selepas akan disambung lagi sesi
pembelajaran selepas Maghrib hinggalah selepas sembahyang Isyak setiap hari.
Sebilangan besar daripada murid-muridnya adalah dari Kuala Belait sendiri dan
selebihnya dari Pekan Seria , Tutong dan Bandar Seri Begawan.
Dalam bidang penulisan, beliau
telah menyiapkan dua buah kitab yang diberi nama:
1.
Risalatus Shalat
2. Rusalatut Tauhid
Kulit muka depan buku Risalatut Tauhid |
Kulit muka depan buku Risalatus Salah |
Langgan:
Catatan (Atom)