Ahad, 24 Ogos 2014

MENGIMBAS BUKU 'SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM'

Kulit muka depan buku Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam.

Kandungan buku pada muka surat 230-231 menunjukkan Kadi-kadi yang
pernah berkhidmat di Daerah Belait. Allahyarham Hj Md Suhaili
berkhidmat sebagai Kadi di Daerah Belait dari tahun 1950 hingga ke tahun 1952.


Kulit muka belakang buku Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah
di Negara Brunei Darussalam.

Jumaat, 22 Ogos 2014

CATATAN KISAH SILAM HJ MD SUHAILI terpapar didalam buku ULAMA SILAM DALAM KENANGAN


Muka depan buku 'Ulama Silam Dalam Kenangan'
Muka belakang buku 'Ulama Silam Dalam Kenangan'

Muka dalam, Bab 13 buku Ulama Siam Dalam Kenangan'
Lanjutan muka dalam Bab 13

Ahad, 17 Ogos 2014

SEKITAR SAMBUTAN AIDIL FITRI 2014


Bergambar Ramai di rumah kediaman Hj Mohammad Hj Md Suhaili
bersama Zahri Hj Md Suhaili dan isteri serta anak, Hj Ainah Hj Md Suhaili
dan anak serta cucu, Anak-anak serta cucu-cucu Hj Nujaimah Hj Md Suhaili.
Berhari raya dan menjamu selera di kediaman Mahdi Hj Md Suhaili 
Sebulan berpuasa berlapar dahaga..kini raya datang menjelma,
kini hidangan di depan mata..pantang penyakit belakang kira !



Mariahnya sambutan Aidil Fitri keluarga di Kota Kinabalu






IMAM SUHAILI - Pengenalan


Imam Haji Muhammad Suhaili bin Haji Yaakub dilahirkan di Kg. Sungai Biawak, Muara, Negara Brunei Darussalam dalam tahun 1918. Beliau mempunyai 6 orang adik- beradik , kesemuanya lahir di Pekan Muara ia itu:

1) Dayang Zauyah binti Haji Yaakub
2) Dayang Hajah Badariah (Dyg Katong) binti Haji Yaakub (meninggal di Mekkah)
3) Muhammad Sherbini bin Haji Yaakub (pernah jadi Imam di Kuala Belait)
4) Muhammad Ali bin Haji Yaakub
5) Muhammad Seruji bin Haji Yaakub
6) Haji Muhammad Suhaili bin Haji Yaakub (Imam Suhaili)

Ibu almarhum , Dayang Fatimah * binti Awang Tarip berasal dari Muara, Brunei  telah berkahwin dengan Tuan Haji Yaakub bin Haji Ali , seorang imam dan juga pendakwah , berasal dari Kampong Chetok, Kelantan.

* (Dayang Fatimah binti Awang Tarip adalah keturunan dari Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Muhammad Salleh – ruj: m/s 447 ”Salasilah Dato Godam” – PJDSM DSU Dr. Hj. Awang Mohd Jamil Al-Sufri)

Dalam tahun 1923, beliau telah dibawa berpindah ke Sabah oleh ayahnya. Pada masa itu umurnya baru meningkat lima tahun.

Sebagai anak bongsu daripada enam orang adik beradik, beliau dikenali sebagai anak yang paling rapat dengan ayahnya. Beliau dikatakan mempunyai bakat keilmuan sejak kecil dan rajin belajar agama dengan ayahnya. Berkat daripada ketekunannya untuk belajar, beliau telah berjaya menimba ilmu pengetahuan agama yang membolehkannya menjadi seorang alim ulama yang disegani dan berjaya dalam hidupnya.

Ketika berusia enam belas tahun, iaitu pada 12 Oktober 1934, beliau telah dilantik menjadi Imam daerah Putatan. Adalah dipercayai dengan perlantikan itu menjadikannya seorang yang paling termuda pernah memegang jawatan sebagai Imam dalam sejarah negeri Sabah. Pada 11 Februari 1940, beliau berpindah dari Putatan kerana dilantik menjadi Imam Jesselton untuk menggantikan ayahnya yang terpaksa mengundur diri kerana menghidap penyakit lumpuh. Beliau sendiri mengarang isi Khutbah Jumaat dan sebahagian buku khutbahnya masih ada dalam simpanan dan dalam keadaan baik.

Kira-kira tujuh tahun sebelum itu, iaitu pada 15 Julai 1933, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Zalikha binti Haji Abdul Momin *14. Hasil daripada perkongsian hidupnya dengan isterinya itu, Imam Suhaili telah dikurniakan lapan orang anak seperti berikut:-

1.  Awang Abdullah bin Hj Mohd Suhaili
2.  Awang Haji Abdul Kahar bin Hj Mohd Suhaili
3.  Awang Haji  Yahya bin Hj Mohd Suhaili
4.  Awang Haji Mohd. Yunus bin Hj Mohd Suhaili
5.  Awang Haji Mas’ud bin Hj Mohd Suhaili
6.  Dayang Hajah Siti Nujaimah bin Hj Mohd Suhaili
7.  Awang Zahri @Azahri bin Hj Mohd Suhaili
8.  Awang Haji Muhammad bin Haji Mohd Suhaili

Dari segi sosial, beliau adalah manusia terbuka, bersikap lemah-lembut dan peramah, tanpa mengira peringkat umur atau kedudukan. Beliau cepat mesra dan mempunyai ramai sahabat dari jauh dan dekat.

Walaupun demikian, beliau adalah seorang yang berpendirian tegas dan teguh, berani menghadapi cabaran sekalipun dari pihak berkuasa kerajaan. Apa lagi kalau cabaran itu menyentuh perkara agama, ia akan segera bertindak dan tampil ke hadapan.



Dalam tahun 1941, pendirian beliau benar-benar teruji. Beberapa orang pemimpin masyarakat berkedudukan tinggi yang bergelar Orang Kaya-kaya (O.K.K.) dan Ketua Anak Negeri (K.A.N.) telah bersetuju dan menyokong arahan kerajaan yang memerintahkan supaya binatang yang hendak disembelih seperti lembu dan kerbau ditembak terlebih dahulu sebelum disembelih mengikut cara Islam.

Bagi Imam Suhaili, arahan itu adalah merupakan suatu tindakan yang mencabar dan menyentuh kesucian agama. Oleh itu beliau telah menentang arahan kerajaan itu sekeras-kerasnya sehingga membawa kepada perbahasan terbuka di antaranya dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang dimaksudkan itu di Mahkamah Anak Negeri Beaufort pada 10 Februari 1941. Dalam perbahasan itu Imam Suhaili ternyata di pihak yang benar sehingga Mahkamah telah memihak kepada beliau.

Dengan kemenangan beliau mempertahankan kebenaran inilah, ketokohannya semakin menonjol dan tersebar ke merata tempat di Sabah. Berita kejayaan seorang Imam muda yang berusia 23 tahun berhadapan dengan pemuka-pemuka masyarakat yang berkedudukan tinggi dan berpengalaman itu telah tersebar luas.

Selain daripada menjadi Imam, beliau juga adalah merupakan seorang pemimpin. Beliau pernah mengasas sebuah persatuan Islam yang dikenali dengan nama “Khairat Jumaat Muslimin” (KJM) dalam tahun 1947, iaitu setelah berkuburnya “Parti Kebangsaan Melayu” dan “Barisan Pemuda” (BARIP) di Sabah.

Selama enam belas tahun beliau berkhidmat dalam dua buah daerah, iaitu 6 tahun di Putatan dan 10 tahun di Jesselton, beliau telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.

Pada 21 Januari 1950, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Imam Jesselton dan tempatnya diganti oleh Tuan Imam Pandin bin Jebair, iaitu murid beliau sendiri.

Di antara punca yang menyebabkan beliau berhenti dari menjadi Imam ialah kerana Kerajaan British telah memberi notis kepada Masjid Bandar Jesselton dan penduduk Kampung Air supaya berpindah ke Kampung Sembulan. Beliau bukan sahaja membantah arahan itu tetapi juga tidak bersetuju dengan sikap sebahagian masyarakat kampung yang kurang tegas dalam mempertahankan kedudukan tempat tinggal mereka sehingga mereka gagal mempertahankan Kampung Air tersebut.


Berkhidmat Di Negara Brunei Darussalam

Berikut  adalah urutan tarikh yang terdapat dalam catitan diari almarhum ditulis dengan hurup Jawi, semasa beliau mengadakan lawatan semula ke Brunei pada tahun 1949 dan sebelum menerim a lantikan  sebagai Naib Kadhi Daerah Belait:

Tarikh
Peristiwa
1949

02-12-1949
pergi ke Brunei dengan Awang Osman
06-12-1949
Berjumpa dengan Chief Kadhi di Pekan Brunei
08-12-1949
Memberi syarahan dalam mesjid Brunei
10-12-1949
Mengadap YTM Duli Pengiran Pemancha
11-12-1949
mengadap YTM Duli Pengiran Bendahara
12-12-1949
Berjumpa dengan YM Encik Hassan , Setiausaha DYMM Sultan
15-12-1949
Pergi ke Muara untuk menziarahi kubur keluarga
17-12-1949
Pergi ke Tutong bersama-sama dengan YTM Pengiran Temenggong Pengiran Mohammad
18-12-1949
Balik semula ke Jesselton
28-12-1949
YTM Duli pengiran Pemancha Hj Mohd Yassin tiba di Jesselton dan berjumpa saya
1950

02-01-1950
YTM Duli Pengiran Pemancha bersama isteri balik ke Brunei
20-01-1950
Minta Berhenti dari jawatan Imam di Jesselton
24-01-1950
Bertolak dari Jesselton ke Brunei (dengan kapal laut)
31-07-1950
Sampai di Kuala Belait


Kira-kira enam bulan kemudian iaitu pada 1 Ogos 1950, Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah melantik Imam Suhaili menjadi Naib Kadi dan bertugas di daerah Belait.


Tarikh
Peristiwa
1950

01-08-50
Mula menjalankan tugas sebagai Naib Kadhi Daerah Belait
12-08-50
Membuat lawatan ke  Mukim Labi (Syarahan)
20-08-50
Membuat lawatan ke Miri, Sarawak (Syarahan)
24-08-50
Menyampaikan syarahan ugama dalam mesjid Seria
18-10-50
Mengadap Kebawah DYMM Sultan dan menyembahkan darihal sembahyang Jumaat
21-10-50
Merasmikan pertandingan Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Qur’an di Mesjid Belait
17-12-50
mengadap kebawah DYMM Sultan dan menyembahkan mengenai sembahyang Jumaat

Sebagaimana di Sabah, maka begitulah juga Imam Suhaili di Brunei. Dimana sahaja beliau berada, sikapnya tetap sama. Sebenarnya Imam Suhaili mempunyai bakat ketokohan semula jadi. Inilah yang menyebabkan beliau kadang-kadang mendapat kejayaan dan tidak kurang pula mendapat halangan.

Selama menjadi Naib Kadi di Kuala Belait, beliau mempunyai ramai murid dan pengaruhnya semakin kuat.

Berikut adalah catitan dalam dairi almarhum:

Tarikh
Peristiwa
1951

20-01-51
YTM Duli pengiran Bendahara melawat ke Kuala Belait
10-02-51
Membuat lawatan ke Labi dan Kuala Balai
19-12-51
Membuat lawatan ke Bukit Sawat
27-02-51
Menyampaikan syarahan dan penghuraian hadis kepada murid-murid perempuan d rumah
16-03-51
menyampaikan syarahan ugama di Kampong Los, Kuala Belait
17-03-51
Membuat lawatan ke Kuala Balai
20-03-51
Mengadap Kebawah DYMM Sultan di Kuala Belait
07-04-51
Menyampaiakan syarahan ugama di rumah Malai Besar , Seria
16-07-51
Melawat ke Labi dan Kuala Balai
08-08-51
Pergi ke Pekan Brunei untuk menghadiri majlis Syariah
31-08-51
Mengadap kebawah DYMM Sultan
05-09-51
Menyampaikan syarahan ugama di Kg. Melayu , Kuala Belait
18-09-51
Meyampaikan syarahan ugama di Mesjid Tutong
20-09-51
Menyampaikan syarahan ugama di rumah Pg. Haji Sabtu , di Kuala Belait
04-10-51
Mengadap Kebawah DYMM  Sultan di Kuala Belait
23-10-51
Menghadiri majlis syariah di - Pekan Brunei
19-11-51
Didakwa di mahkamah Civil (British) atas dakwaan mengislamkan seorang perempuan Sikh. (Sudah akhil baligh tetapi menurut Hakim Mahkamah Civil dibawah undang-undang British, perempuan masih dibawah umur kerana belum mencapai 21 tahun!)
Almarhum kesal kerana Mahkamah Civil begitu hebat kuasanya sampai dapat mendakwa seorang kadhi yang di lantik oleh KDYMM Sultan. Dan almarhum berpendapat bahawa urusan Ugama Islamdan Adat Istiaadat Melayu bukanlah dalam kawalan undang-undang British. Peranan British Resident adalah sebagai penasihat sahaja.




23-11-51
Mahkamah Civil telah memutuskan untuk mengenakan denda sebanyak $300 (satu jumlah yang agak besar pada masa itu ) kerana di tuduh bersubahat ”mencolek” serta mengislamkan seorang Non-Muslim.
(Catitan: almarhum berasa kesal dengan keputusan Mahkamah Civil  (British) yang sewenang-wenang turut mencampuri urusan mahkamah syariah dan denda yang dikenakan pula dianggap terlalu berat  kerana gaji Kadhi waktu hanyalah $185.00 sebulan!)
Almarhum terpaksa membayar denda tersebut  untuk menelakkan diri dari di penjara!.

30-11-51
Kesal dengan bidang kuasa yang terhad di mahkamah syariah Kadhi , dan juga tanpa ada campur tangan atau sokongan dari pihak atasan , maka pada hari ini almarhum telah menghantar notis untuk berhenti  dari jawatan Naib Kadhi.
07-12-51
Dato Perdana Menteri (bapa kepada Pehin Isa) berjumpa saya dan minta saya menarik balik notis untuk berhenti
11-12-51
Mengutus surat kepada Dato Perdana Menteri
31-12-51
Pergi ke pekan Brunei berjumpa Chief Kadhi.


Pada 30 November 1951, Imam Suhaili telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Kadi di Brunei. Beliau hanya dapat memberikan perkhidmatannya di Negara tersebut selama 1 tahun 3 bulan.

Ada dua punca yang menyebabkan beliau meletakkan jawatannya sebagai Naib Kadi di Brunei ini:

a.  Punca pertama ialah kerana terdapat percanggahan dan perselisihan pendapat mengenai  arahan menyempurnakan  sembahyang Zuhur selepas sembahyang Jumaat. Salah seorang dari Pegawai tinggi ugama di Pekan Brunei (Bandar Seri Begawan) pada masa itu m telah mengeluarkan  arahan supaya umat Islam di Kuala Belait melaksanakan sembahyang Jumaat itu dikembar dengan sembahyang Zuhur. Perkara ini  tidak di turuti oleh Imam Haji Suhaili dan beliau  memperkukuhkan pendapatnya dengan mengetengahkan surat-surat daripada Mufti Johor , Mufti kelantan dan Mufti Perak dan mereka menyokong tindakan Imam Suhaili .

b.  Punca yang kedua ialah kerana mengislamkan “Bibi Chana” (seorang wanita bangsa Sikh). Tindakan mengislamkan wanita Sikh tersebut telah di bawa ke Mahkamah Tinggi di Kuala Belait pada 19 November 1951 atas tuduhan “menculik seorang anak yang belum bebas daripada jagaan ibu-bapa”, kerana umur gadis tersebut belum sampai 21 tahun. Imam Suhaili didakwa sebagai bersubahat kepada orang yang membawa gadis tersebut ke rumah beliau. [*15 ] Bagi Imam Suhaili, Bibi Chana datang ke rumah beliau kerana rumah beliau adalah pejabat Kadi dan beliau sendiri adalah Kadi. Segala masalah yang timbul di hadapan Kadi tentunya akan diselesaikan menurut undang-undang dan peraturan Islam yang telah diamanahkan kepada beliau. Tindakan beliau mengislamkan Bibi Chana adalah satu perlaksanaan syariat Islam.

Dua punca inilah yang menyebabkan Imam Suhaili meletakkan jawatannya sebagai Naib Kadi.

Setelah berhenti daripada jawatan naib Kadi, beliau meninggalkan Negara Brunei Darussalam dan kembali ke Sabah. Di Sabah beliau masih mempunyai rumah dan tanah di Putatan. Kali ini beliau tidak lagi menjadi Imam tetapi bergerak sebagai pendakwah dan dijemput dari daerah ke daerah oleh murid-muridnya. Dengan itu kedudukan beliau di Sabah kukuh semula.

Dua tahun kemudian, isteri beliau Siti Zalikha telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada 17 September 1953 di Hospital Besar Jesselton. Jenazah Almarhumah dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Batu 2 ½ Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Setahun selepas isteri beliau meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Dayang Hajah Salmah binti Pehin Udana Laila Raden Mas Hanafi (Pehin Inche Awang) di Negara Brunei Darussalam pada 22 Ogos 1954. Perkahwinan mereka ini melahirkan 3 orang anak iaitu:

1.  Dayang Hajah Ainah binti Haji Mohd Suhaili
2.  Awang Mohd. Shafie bin Haji Mohd Suhaili
3.  Awang Mahadi bin Haji Mohd Suhaili

Setelah berkahwin, beliau menceburi bidang  perniagaan. Walaupun begitu beliau tidak meninggalkan kebiasaannya dan terus bergiat dalam lapangan agama.

Pada 28 Februari 1954, beliau telah berpindah ke Pulau Labuan untuk memenuhi jemputan Awang Haji Mohd. Daud bin Sulaiman yang mengajaknya berniaga bersama-sama dalam sebuah perniagaan yang bernama “Syarikat Parti Kebangsaan Melayu” di sana.

Sebagai seorang guru agama yang rajin berdakwah, Imam Suhaili telah meneruskan kegiatan dakwah di Pulau Labuan sebagaimana di tempat-tempat lain. Ceramahnya yang lemah lembut dan disertai dengan ilmu agama yang ada padanya, beliau menarik minat masyarakat Islam di pulau itu. Akhirnya kegiatan dakwah beliau telah mendapat sambutan hangat menyebabkan di sana pengaruh beliau semakin kuat.

Secara tidak disedari kegiatan dakwah beliau telah diekori oleh pengintip-pengintip yang dilepaskan oleh penjajah. Sungguhpun dalam ceramah-ceramahnya beliau hanya menyentuh soal-soal agama, tetapi disebabkan pengaruhnya semakin kuat, kegiatannya di sana sentiasa diawasi. Gerakan dakwahnya selalu dihalang dengan berbagai cara oleh pihak yang berkuasa kerajaan (British waktu itu).

Pada 13 Ogos 1956, beliau telah diarah oleh Kerajaan British dengan memberi notis 24 jam untuk keluar dari negeri Sabah dengan alasan beliau rakyat negeri Brunei. Kalau tidak keluar dalam tempoh yang diberikan itu, beliau akan ditangkap dan akan dibicarakan atas tuduhan melanggar peraturan Imigresen. Dengan demikian, beliau terpaksalah patuh dengan arahan itu dan balik semula ke Brunei.

Arahan yang memaksa beliau keluar dari Pulau Labuan dalam tempoh 24 jam itu telah disambut baik oleh murid-muridnya di Kuala Belait yang pernah belajar kepadanya di suatu masa dulu. Kedatangan beliau pada kali itu akan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sekali lagi.

Tarikh
Peristiwa
1954

08-09-54
Pergi berjumpa dengan Chief Kadhi mengenai urusan untuk mebuka kelas ugama





Catitan
Bermula dari selepas meletakkan jawatan sebagai Kadhi Daerah Belait, beliau meneuskan kehidupan beliau dengan bergerak sebagai Pendakwah Bebas (istilah zaman ini) , menyapaikan sayarahan demi syarahan  di sana-sini , terutama sekali  di surau-surau , mesjid-mesjid  dan rumah-rumah. Beliau juga mengajar Al-Qur’an kepada orang-orang dewasa , lelaki dan wanita dan kanak-kanak secara informal , di rumah.
Disamping itu , beliau melibatkan diri dengan perniagaan runcit untuk menampung belanja keluarga seharian .
dan juga setelah mendapat kebenaran dari pihak berwajib, beliau telah membuka kelas-kelas ugama bagi orang-orang dewasa dan mengajar secara formal (mengikut sukatan pelajaran yang telah diluluskan oleh Jabatan Ugama) . Untuk makluman para pembaca sekelian , tidak ada rekod yang beliau di berikan elaun oleh sesiapa ataumenerima bayaran dari murid-murid . Tugas ini dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab sebagai seorang pendakwah.


Seorang peniaga Arab (dari negeri Yemen) bernama Sheikh Salleh, iaitu bekas murid beliau sendiri yang telah lama berniaga di Kuala Belait telah membenarkan Imam Suhaili menggunakan tempatnya untuk memberi peluang kepadanya membuka perniagaan
Pada 26 September 1956, Imam Suhaili telah memulakan perniagaannya berkedai runcit di tengah-tengah bandar Kuala Belait. Usaha beliau berniaga kedai runcit ini mendapat sambutan baik dan ramai pelanggannya.

MEMBUKA KELAS UGAMA UNTUK MURID-MURID DEWASA

Sambil menjalankan perniagaan kedai runcit , beliau juga sempat membuka kelas ugama khusus untuk orang-orang dewasa . Beliau meminta izin daripada Jabatan Ugama di Pekan Brunei untuk menggunakan beberapa buah kelas di bangunan Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin Kuala Belait . Setelah diluluskan dan juga diberikan tauliah untuk mengajar dengan menghantarkan contoh kitab-kitab yang digunakan sebagai buku teks dan rujukan , maka barulah beliau mula mengajar murid-murid yang jumlahnya ketika itu lebih 100 orang.

Beliau juga pernah dibawa mengikuti rombongan beberapa orang anggota Kerajaan dan awam ke beberapa buah negeri di Malaysia (waktu itu di sebut Malaya) yang dianjurkan oleh Kerajaan Brunei iaitu bertujuan untuk melawat sambil belajar dan meninjau  cara-cara pilihan raya di adakan disana (1961).

(keterangan yang sama juga didapati dari  ini didapati daripada bekas Wakil  Tetap NBD ke U.N. , Pehin Haji Jaya Abd. Latif)


Dari catitan diari almarhum :

Tarikh
Perkara
1961

05-05-61
Pergi ke Malaya kerana memerhati dan mempelajari cara-cara pilihanraya diadakan
07-05-61
Menetap di Federal Hotel , Kuala Lumpur
10-05-61
Sampai di Ipoh , tinggal di Olympic Inn Hotel
14-05-61
Sampai di Penang , menetap di Peking Hotel
15-05-61
Sampai di Kuala Lumpur, tinggal di Federal Hotel
17-05-61
Sampai di Kuantan, Pahang. Menetap di Rest House, Kuantan
18-05-61
Sampai di Kota Bharu, Kelantan. Tinggal di Rest House
21-05-61
Sampai di Singapore. Tinggal di  Singapore Hotel.
24-05-61
Sampai di Brunei
25-05-61
Sampai di Kuala Belait
17-06-61
Diadakan Rapat Umum di Brunei
1962

31-08-62
Pilihan Raya diadakan diseluruh negeri Brunei


Selain dari mengajar di kelas ugama , beliau juga masih meneruskan mengajar Al-Qur’an di tingkat dua kedai tempat kediaman beliau. Rutinnya setiap hari ialah seperti berikut :

§  bermula jam 10 pagi , beliau mengajar murid-murid wanita
§  disebelah malam selepas sembahyang Maghrib , beliau mengajar pula murid-murid lelaki 
§  bagi murid-murid yang baharu belajar , anak-anak beliau juga turut membantu .
§  Oleh kerana terlalu ramai murid , beliau memberi tumpuan kepada murid-murid yang sudah pandai membaca   
    Al-Qur’an. Mereka yang belum pandai , akan menerima bimbingan dari anak-anak almarhum.

§  Bagi murid-murid yang telah pandai , beliau teruskan mengajar mereka dengan tafsir Al-Qur’annya sekali.
§  Setiap malam Jumaat, akan diadakan majlis menghalusi / menerangkan hukum-hukum dan juga tafsir Al-
    Qur’an.

§  Beliau juga akan menerangkan isi-isi  hadis dan tafsiranya sekali , yang langsung dibacakan terus dari kitab 
    berbahasa Arab.

§  Majlis serupa ini juga akan diselitkan dengan pertanyaan-pertanyaan mengenai hukum hakam.

Dalam masa 3 tahun perniagaan beliau telah melangkah maju setapak lagi. Beliau telah berjaya membuka Stesyen Minyak Petrol (Syarikat Perniagaan Melayu) di Kuala Belait pada 2 Februari 1969. Kedua-dua bidang perniagaan beliau berjalan serentak dan maju.

Sepuluh tahun kemudian, dengan kerjasama isterinya, Dayang Hajah Salmah, beliau telah mendirikan sebuah kedai baru milik sendiri dan tidak lagi menyewa kedai Sheikh Salleh.

Walaupun sibuk dengan perniagaannya, namun beliau tetap terus dengan tanggungjawabnya dan bergiat cergas mengembangkan dakwah Islamiah. Beliau telah membahagikan masanya untuk megajar agama mulai jam 10.00 pagi selepas membuka kedai hingga ke jam 11.00 dan selepas itu akan disambung dengan murid-murid yang lain pula bermula dari jam 4.00 petang hinggalah sebelum Maghrib. Dan selepas akan disambung lagi sesi pembelajaran selepas Maghrib hinggalah selepas sembahyang Isyak setiap hari. Sebilangan besar daripada murid-muridnya adalah dari Kuala Belait sendiri dan selebihnya dari Pekan Seria , Tutong dan Bandar Seri Begawan.

Dalam bidang penulisan, beliau telah menyiapkan dua buah kitab yang diberi nama:

1.  Risalatus Shalat

2.  Rusalatut Tauhid
Kulit muka depan buku Risalatut Tauhid
Kulit muka depan buku Risalatus Salah