BAHAN BERSEJARAH KELUARGA BESAR HAJI YAAKUB TERSIMPAN DIARKIF NEGARA
BANDAR SERI BEGAWAN, Oktober 2023 - Sebagai langkah untuk mengabadikan bahan bersejarah peninggalan orang tua untuk tatapan generasi akan datang, Hj. Mohammad bin Hj Mohd. Suhaili telah berusaha mengumpul bahan bahan bersejarah dan menyimpannya di Arkif Negara Brunei Darussalam. Bahan bersejarah yang berupa dokumen, gambar, buku catitan kitab dan sebagainya itu adalah merupakan koleksi ahli keluarga dari Sabah, Brunei dan Sarawak yang telah diserahkan kepada beliau untuk disimpan. Atas inisaiatif beliau dengan dokongan dari keluarga terdekat, bahan-bahan yang bersejarah itu kemudiannya disimpan di Arkif Negara Brunei Darussalam.
Disekitar tahun 2017, Hj. Mohammad berkesempatan membawa saudaranya Hj. Mas'ud, Hjh. Ainah dan Hj Mahdi berkunjung ke Arkif Negara untuk melihat bahan-bahan bersejarah milik keluarga besar Hj Ya'kub bin Hj Ali yang telah terkumpul di sana sambil membawa bahan-bahan baru untuk di serahkan ke Arkif Negara.