Selasa, 17 Disember 2019

Semoga Allah Melimpahkan Rahmat Keatas Rohnya

Kuala Belait, 15 Disember 2019. Sekitar jam 10.40 malam, kami menerima berita yang sangat menyedihkan, Pada mulanya kami cuma menerima berita Sudara kami  Zahri Bin Hj Mohd Suhaili sedang dalam keadaan tenat.  Belum sampai setengah jam sekali lagi kami menerima berita, kali ini kami menerima berita yang sangat menyedihkan bahawa belaiu telah kembali kerahmatullah.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Zahri Bin Hj Md.Suhaili lahir pada 1 hb Januari 1950 dan telah kembali kerahmatullah pada 15 Desimber 2019.

Majlis Perhimpunan Keluarga Keturunan Hj Ya'kub Bin Hj Ali sejak ianya mula diadakan pada 31 Disember 2018 yang lalu adalah merupakan sumbangan usaha beliau kearah menyatukan keluarga keturunan Hj Ya'kub Bin Hj Ali yang berada di Sabah, Sarawak, Labuan, Bintulu dan juga Brunei Darussalam.

Kemudian projek kekeluargaan ini dikembangkan lagi hingga ke tahun ini dimana pada tahun ini Keluarga Besar Hj Ya'kub yang berada di Brunei akan menjadi tuan rumah perhimpunan ini. Perhimpunan ini dinamakan sebagai Majlis Perhimpunan MEKAR SERUMPUN IKATAN KASIH KELUARGA HAJI YA'KUB BIN HJ ALI DAN FATIMAH BINTI TARIP yang akan di adakan pada 28 Disember yang akan datang.

Sebelum ini, ketika ahli jawatankuasa Majlis Mekar Serumpun ini sedag sibuk mempersiapkan berbagai program untuk majlis yang akan datang, beliau sempat melibatkan diri hadir bermesyuarat di Brunei bagi membantu dan memberikan buah fikiran.

Pastinya seluruh keluarga keturunan Haji Ya'kub Bin Haji Ali dan Fatimah Binti Tarip lebih-lebih lagi ahli jawatankuasa majlis akan merasa kehilangan beliau. Beliau pergi meninggalkan kita 13 hari sebelum majlis yang dinanti-nantikan berlangsung.

Sejurus selesai pengkebumian ........

Muzakkarah membincangkan majlis yang akan di jalankan 28 Disember 2019




Tiada ulasan:

Catat Ulasan