Selasa, 17 Disember 2019

Semoga Allah Melimpahkan Rahmat Keatas Rohnya

Kuala Belait, 15 Disember 2019. Sekitar jam 10.40 malam, kami menerima berita yang sangat menyedihkan, Pada mulanya kami cuma menerima berita Sudara kami  Zahri Bin Hj Mohd Suhaili sedang dalam keadaan tenat.  Belum sampai setengah jam sekali lagi kami menerima berita, kali ini kami menerima berita yang sangat menyedihkan bahawa belaiu telah kembali kerahmatullah.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Zahri Bin Hj Md.Suhaili lahir pada 1 hb Januari 1950 dan telah kembali kerahmatullah pada 15 Desimber 2019.

Majlis Perhimpunan Keluarga Keturunan Hj Ya'kub Bin Hj Ali sejak ianya mula diadakan pada 31 Disember 2018 yang lalu adalah merupakan sumbangan usaha beliau kearah menyatukan keluarga keturunan Hj Ya'kub Bin Hj Ali yang berada di Sabah, Sarawak, Labuan, Bintulu dan juga Brunei Darussalam.

Kemudian projek kekeluargaan ini dikembangkan lagi hingga ke tahun ini dimana pada tahun ini Keluarga Besar Hj Ya'kub yang berada di Brunei akan menjadi tuan rumah perhimpunan ini. Perhimpunan ini dinamakan sebagai Majlis Perhimpunan MEKAR SERUMPUN IKATAN KASIH KELUARGA HAJI YA'KUB BIN HJ ALI DAN FATIMAH BINTI TARIP yang akan di adakan pada 28 Disember yang akan datang.

Sebelum ini, ketika ahli jawatankuasa Majlis Mekar Serumpun ini sedag sibuk mempersiapkan berbagai program untuk majlis yang akan datang, beliau sempat melibatkan diri hadir bermesyuarat di Brunei bagi membantu dan memberikan buah fikiran.

Pastinya seluruh keluarga keturunan Haji Ya'kub Bin Haji Ali dan Fatimah Binti Tarip lebih-lebih lagi ahli jawatankuasa majlis akan merasa kehilangan beliau. Beliau pergi meninggalkan kita 13 hari sebelum majlis yang dinanti-nantikan berlangsung.

Sejurus selesai pengkebumian ........

Muzakkarah membincangkan majlis yang akan di jalankan 28 Disember 2019




Khamis, 12 Disember 2019

BERSIAP UNTUK MENUJU HARI YANG DI NANTIKAN


Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi memastikan Majlis Mekar Serumpun Ikatan Kasih Keluaarga Haji Ya'kub Bin Haji Ali Dan Fatimah Binti Tarip  akan  berjalan lancar mengikut seperti apa yang telah dirancangkan. Kelihatan ahli-ahli jawatankuasa majlis sedang rancak membincangkan sesuatu.










BILAKAH AKAN BERSUA LAGI...?




BANDAR SERI BEGAWAN 12 Disember 2019  Keghairahan untuk berkumpul kembali dikalangan keluarga besar keturunan Haji Ya'kub Bin Haji Ali semakin hangat dipertuturkan dan semakin hampir dirasakan. 28 Disember 2019, adalah tarikh keramat yang dinanti-nantikan dimana sekali lagi keluarga besar keturunan Haji Ya'kub Bin Haji Ali ini akan berhimpun didalam satu majlis yang dinamakan 'Majlis Perhimpunan Mekar Serumpun Ikatan Kasih Keluarga Haji Ya'kub Bin Haji Ali Dan Fatimah Binti Tarip. Majlis ini akan diadakan di Grand Ballroom. Lantai 5, Kiulap Plaza Hotel, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 

Sebelum ini, pada 31 Disember 2018 yang lalu, buat pertama kalinya majlis yang serupa di adakan di Pan Borneo Hotel, Putatan, Sabah. Lebih 500 orang ahli keluarga keturunan Haji Ya’kub  Bin Haji Ali dan Fatimah Binti Tarip yang datang dari Brunei, Kucing, Sabah dan Labuan menghadiri majlis yang gilang gemilang itu.









 Perhimpunan yang di adakan di Brunei kali ini dijangkan akan lebih Mariah dari tahun sebelumnya. Seperti tahun sebelumnya, majlis ini nanti akan dihadiri oleh keluarga dari Kuching, Bintulu, Miri, Labuan Sabah dan Brunei.







Rabu, 11 Disember 2019

MAKLUMAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAAHIM, 

Untuk sekian lama blog ini tidak dapat diakses atas beberapa sebeb yang tidak dapat dielakkan. Mulai hari ini Alhamdulillah, ianya telah dapat diakses dan diaktifkan semula.

Kepada mana mana pihak yang pernah mengikuti blog ini, mohon beribu kemaafan kerana blog ini telah lama ditinggalkan, dan setelah ianya dapat diakses semula, didapati ada beberapa pihak telah coba untuk berhubung bagi mendapatkan maklumat berhubung Keluarga Keturunan Haji Ya'kub bin Hj Ali.

Pada tanggal 24 Ogos 2017, tanpa disedari Pihak RTM telah coba menghubungi emil blog ini iaitu sinarkasih05@gmail.com, tetapi malangnya untuk jangka waktu yang agak lama. blog dan email ini terabai atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan.

Respon dari kaum keluarga yang mengikuti blog ini juga belum sempat disantuni. Ada beberapa teguran untuk pembetulan pada ejaan nama dan sebagainya akan di perbetulkan dalam waktu terdekat In-sya Allah.

Dengan Hormat
15 Rabi'ul Akhir 1441H
12 Disember 2019