Khamis, 12 Disember 2019

BILAKAH AKAN BERSUA LAGI...?




BANDAR SERI BEGAWAN 12 Disember 2019  Keghairahan untuk berkumpul kembali dikalangan keluarga besar keturunan Haji Ya'kub Bin Haji Ali semakin hangat dipertuturkan dan semakin hampir dirasakan. 28 Disember 2019, adalah tarikh keramat yang dinanti-nantikan dimana sekali lagi keluarga besar keturunan Haji Ya'kub Bin Haji Ali ini akan berhimpun didalam satu majlis yang dinamakan 'Majlis Perhimpunan Mekar Serumpun Ikatan Kasih Keluarga Haji Ya'kub Bin Haji Ali Dan Fatimah Binti Tarip. Majlis ini akan diadakan di Grand Ballroom. Lantai 5, Kiulap Plaza Hotel, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 

Sebelum ini, pada 31 Disember 2018 yang lalu, buat pertama kalinya majlis yang serupa di adakan di Pan Borneo Hotel, Putatan, Sabah. Lebih 500 orang ahli keluarga keturunan Haji Ya’kub  Bin Haji Ali dan Fatimah Binti Tarip yang datang dari Brunei, Kucing, Sabah dan Labuan menghadiri majlis yang gilang gemilang itu.









 Perhimpunan yang di adakan di Brunei kali ini dijangkan akan lebih Mariah dari tahun sebelumnya. Seperti tahun sebelumnya, majlis ini nanti akan dihadiri oleh keluarga dari Kuching, Bintulu, Miri, Labuan Sabah dan Brunei.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan