Rabu, 2 Oktober 2024

KOPIAH HAJI YAAKUB : khazanah yang masih utuh tersimpan untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang

 




DARI KAMPONG LIKAS, Sabah, kini berpindah ke Negara Brunei Darussalam, satu khazanah peninggalah Nenek Moyang yang sangat berharga. 

Dalam misi dakwah merentas sempadan, Haji Yaakub Bin Haji Ali tidak banyak meninggalkan bahan sejarah yang dapat diwarisi ahli keluarga dan keturunannya selain dari Kopiah yang sering dipakainya semasa menjadi imam dan mengajar ilmu agama.

Kopiah ini sering dipakai sewaktu Allahyarham Haji Yaakub bin Haji ALi mengajar ugama di Kampong Sungai Biawak, Muara, disekitar tahun lapan belas sempilan pulohan (1890). Ke enam orang anak-anak Haji Yaakub yang terdiri dari Dyg. Jauyah, Hjh. Dyg Badariah, Mohd. Sherbini, Mohd Seruji dan Hj Mohd Suhaili, semuanya dilahirkan di Muara, Negara Brunei Darussalam.

Pada 4 Ogos 1917M/16 Syawal 1335, beliau bersama semua keluarga dan beberapa orang keluarga terdekat lain telah berhijrah dari Brunei ke North Borneo (Sabah), dan tinggal me­natap di Kg Putatan, tidak jauh dari Jesselton.

Semasa Haji Yaakub di Sabah, beliau telah dilantik menjadi lmam masjid di Kampong Air yang di bina oleh komuniti orang-orang Pakistan yang pernah jadi Sepoy dan Polis yang di bawa lnggeris selepas tamatnya pemberontakan DP Mat Salleh melawan penjajahan lnggeris.

Allahyarham kemudiannya telah dilantik menjadi lmam di mesjid Jesselton dan bagi meng­gantikan tempat beliau selaku imam diPutatan, beliau telah melantik salah seorang dari mu­ridnya.

Kopiah ini juga sering digunakannya ketika menjadi lmam di beberapa mesjid di Sabah dan juga dimajlis-majlis keugamaan disana.

Allahyarham Haji Yaakub meninggal dunia pada 12 February 1941 di Bukit Diasoka, Jes­selton


Tiada ulasan:

Catat Ulasan