Sabtu, 16 Ogos 2014

Keluarga Besar HJ MD SUHAILI BIN HJ YAAKUB BIN ALI

Foto kenang kenangan Kedai Hj Md Suhaili bin Hj Yaakub di era tahun 50an
yang di kenal dengan nama HY SUHAILI. Dari kiri : Hj Yahya Hj Md Suhaili,
Hj Abdullah Hj Serudin, Hj Md Suhaili Hj Yaakub, Hj Sairi Hj Bujang, Hj Md Yunus Hj Md Suhaili.

Blog ini baru saja di bena dengan harapan ianya akan dapat memberi dan mengumpul informasi mengenai keluarga besar Hj Md Suhaili Bin Hj Yaakub. Ianya juga diharap akan dapat mempertemukan saudara mara yang belum pernah berjumpa, atau sudah lama tidak bersua muka. Di ruang inilah seluruh keluarga besar Hj Md Suhaili akan dapat bersua, memberikan info dan pandangan kearah mengumpul maklumat kekeluargaan dan saling membantu untuk membena lakaran carta keluarga yang In Sya Allah akan dijadikan rujukan generasi akan datang.

Semoga usaha yang baik ini akan dapat mengeratkan hubungan kita dan akan sentiasa kita jadikan pusat bagi pertemuan keluarga dimana juga berada.

Blog ini dibena pada tanggal 17 Ogos 2015 bersamaan 21 Syawal 1435H dalam suasana Aidil Fitri. Moga ianya akan menjadi titik permulaan kearah membena mahabbah dikalangan kita dan akan menjadi titik permulaan bagi kita mengumpul semua informasi ahli keluarga kita melalui penulisan sejarah, rencana dan gambar-gambar kenangan dari zaman silam hingga ke hari ini.

Kita mengalu-alukan semua ahli keluarga yang sudi membuat rencana, berita dan menyumbangkan gambar gambar bersejarah dengan meginrimkan nya ke email : sinarkasih05@gmail.com.


Pautan : 

IMAM SUHAILI - Pengenalan
Petikan Imej dari : CATATAN SILAM...
Mengimbas Buku Sejarah Penubuhan Mahkamah....              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan