Rabu, 2 Oktober 2024

KOPIAH HAJI YAAKUB : khazanah yang masih utuh tersimpan untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang

 




DARI KAMPONG LIKAS, Sabah, kini berpindah ke Negara Brunei Darussalam, satu khazanah peninggalah Nenek Moyang yang sangat berharga. 

Dalam misi dakwah merentas sempadan, Haji Yaakub Bin Haji Ali tidak banyak meninggalkan bahan sejarah yang dapat diwarisi ahli keluarga dan keturunannya selain dari Kopiah yang sering dipakainya semasa menjadi imam dan mengajar ilmu agama.

Kopiah ini sering dipakai sewaktu Allahyarham Haji Yaakub bin Haji ALi mengajar ugama di Kampong Sungai Biawak, Muara, disekitar tahun lapan belas sempilan pulohan (1890). Ke enam orang anak-anak Haji Yaakub yang terdiri dari Dyg. Jauyah, Hjh. Dyg Badariah, Mohd. Sherbini, Mohd Seruji dan Hj Mohd Suhaili, semuanya dilahirkan di Muara, Negara Brunei Darussalam.

Pada 4 Ogos 1917M/16 Syawal 1335, beliau bersama semua keluarga dan beberapa orang keluarga terdekat lain telah berhijrah dari Brunei ke North Borneo (Sabah), dan tinggal me­natap di Kg Putatan, tidak jauh dari Jesselton.

Semasa Haji Yaakub di Sabah, beliau telah dilantik menjadi lmam masjid di Kampong Air yang di bina oleh komuniti orang-orang Pakistan yang pernah jadi Sepoy dan Polis yang di bawa lnggeris selepas tamatnya pemberontakan DP Mat Salleh melawan penjajahan lnggeris.

Allahyarham kemudiannya telah dilantik menjadi lmam di mesjid Jesselton dan bagi meng­gantikan tempat beliau selaku imam diPutatan, beliau telah melantik salah seorang dari mu­ridnya.

Kopiah ini juga sering digunakannya ketika menjadi lmam di beberapa mesjid di Sabah dan juga dimajlis-majlis keugamaan disana.

Allahyarham Haji Yaakub meninggal dunia pada 12 February 1941 di Bukit Diasoka, Jes­selton


Selasa, 31 Oktober 2023

 

BAHAN BERSEJARAH KELUARGA BESAR HAJI YAAKUB TERSIMPAN DIARKIF NEGARA


BANDAR SERI BEGAWAN, Oktober 2023 - Sebagai langkah untuk mengabadikan bahan bersejarah peninggalan orang tua untuk tatapan generasi akan datang, Hj. Mohammad bin Hj Mohd. Suhaili telah berusaha mengumpul bahan bahan bersejarah dan menyimpannya di Arkif Negara Brunei Darussalam. Bahan bersejarah yang berupa dokumen, gambar, buku catitan kitab dan sebagainya itu adalah merupakan koleksi ahli keluarga dari Sabah, Brunei dan Sarawak yang telah diserahkan kepada beliau untuk disimpan. Atas inisaiatif beliau dengan dokongan dari keluarga terdekat, bahan-bahan yang bersejarah itu kemudiannya disimpan di Arkif Negara Brunei Darussalam.

Disekitar tahun 2017, Hj. Mohammad berkesempatan membawa saudaranya Hj. Mas'ud, Hjh. Ainah dan Hj Mahdi berkunjung ke Arkif Negara untuk melihat bahan-bahan bersejarah milik keluarga besar Hj Ya'kub bin Hj Ali yang telah terkumpul di sana sambil membawa bahan-bahan baru untuk di serahkan ke Arkif Negara.




Isnin, 30 Oktober 2023

 MENGIMBAS KENANGAN DI TAHUN 2020






https://photos.app.goo.gl/5X5HUc6ev5noUgiQ6







BERSUA KEMBALI SEJAK SEKIAN LAMA MENYEPI

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat bersua kembali setelah sekian lama blog ini tidak aktif kerana mengalami beberapa masalah teknikal. Bagaimanapun, alhamdulillah kini ianya telah dapat diatasi dan diharap akan dapat kembali berfungsi seperti sebelumnya.

Kepada ahli keluarga Keturunan Haji Yaakub bin Haji Ali, yang ada menyimpan gambar gambar bersejarah, catitan sejarah berupa suntingan akhbar, majalah dan apa jua bahan media cetak yang ingin dikongsikan, bolehlah menyerahkannya kepada Haji Mohammad bin Hj. Md. Suhaili atau kepada Haji Mahdi bin Hj. Md. Suhaili untuk dimuatkan ke dalam blog ini.

Isnin, 6 April 2020

CABARAN MENYAMBUT RAMADHAN DALAM SUASANA MENULARNYA WABAK COVID-19



Ketika dunia sedang digoncang dengan kekecohan, ketakutan, kematian disana sini dan kesibukan menangani wabak Covid-19 yang sangat menggerunkan ini, sebahagian manusia dimuka bumi ini sedang bersiap menghadapi wabak ini dalam suasana berlapar dahaga demi menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadan nanti yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Sebagai umat Islam, kita menerima kehadiran Covod-19 ini sebagai ujian kepada seluruh penghuni dunia yang beragama Islam. Walau ianya berat dan berupa azab yang perlu di tanggung, namun bagi insan yang sedar dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah akan mengambil peluang dan iktibar atas apa jua yang berlaku dimuka bumi ini untuk menguatkan lagi keimanan dan taqwa kepada Allah Sang Pencipta yang telah memberikan kita berbagai peringatan dan tanda kebesaranNya yang maha berkuasa agar kita tidak leka dengan kesenangan duniawi yang hanya bersifat sementara.

Kita diuji dengan perasaan takut, kebergantungan kita kepada Allah yang maha berkuasa terkadang beralih kepada yang lain kerana takut kepada sesuatu yang Allah ciptakan. Tanpa disedari, kita takut kepada yang lain daripada Allah, kita bergantung kepada yang lain daripada Tuhan yang maha berkuasa atas apa jua yang berada dilangit dan dibumi ini (Allah).

Kehadiran Covid-19 telah banyak memberikan pengajaran dan iktibar kepada kita. Sehalus-halus makhluk Allah ini, atas izinNya jua telah mampu menukar suasana kehidupan umat manusia diseluruh dunia, sehingga dalam keadaan yang sangat mendesak ianya sangat mencabar kemampuan manusia mebuat sesuatu keputusan, hatta kepada perkara yang menyangkut soal pengabdian kepada Yang Khalik (Allah). Disebahagian negara-negara yang terjejas, sejak kehadiran Covid-19, kita telah terpaksa 2-3 kali meninggalkan Solat Jum'at di masjid-masjid dan surau atas sebab-sebab yang diharuskan syara'. Namun bagi kita yang cinta kepada masjid, rindu berjamaah semakin kita rasakan lebih-lebih lagi ketika menjelangnya bulan Ramadhan yang kita sama sama nantikan.

Sempena ketibaan Ramadhan yang penuh keberkatan yang akan menjelang tidak lama lagi, marilah kita memperbaiki Iman kita dalam melayari kehidupan sebagai umat Islam dengan sama sama menadah tangan memohon keampunan kepada Allah atas sebarang kelalaian dan kesilapan yang membawa kepada kemurkaanNya, dan memohon agar bencana yang sedang melanda kita ketika ini akan segera dilenyapkan Allah dengan memberikan kita keselesaan menunaikan Ibadah Puasa di dalam suasana aman dari sebarang kesulitan seperti pada setiap bulan Ramadhan di tahun-tahun sebelumnya.

Selamat menyambut ketibaan RAMADHAN MUBARAK.

Mahdi HM Suhaili - Kuala Belait 7 April 2020 / 13 Sa'ban 1441H